Skip to content

February 13, 2013

Arab Spring

lam sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas nikmat dan rahmat ilahi dapat sama-sama kita menikmati kehidupan di dunia yang fana ini. Syukur Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pemimpin dahulu dan kini, Malaysia aman sentosa.

Semalam, sepertimana yang saya post di facebook, wartawan Sinar harian bertanya pendapat survival PRU 13. Sekiranya BN kekal memerintah, adakah rakyat akan menukar kerajaan seperti ‘Arab Spring’.

Pada pendapat saya dan pandangan peribadi, rakyat Malaysia matang dalam memilih yang mata permata & yang mana kaca. Memang kita akui bahawa, PRU13 adalah medan yang sengit buat Kerajaan yang memerintah dan survival PR. Sekiranya, BN kekal mentadbir negara. Saya boleh simpulkan bahawa, PR tidak akan mendapat tepat di hati rakyat di masa-masa akan datang. Maka segala tomahan akan dibuat bagi menidakkan keputusan rakyat.

Konsep kempimpinan hari ini, banyak pembaharuan yang dibuat oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Bermula transformasi dalam politik, pentadbiran dan ekonomi sehingga memperkenalkan balik konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia sebenarnya bermula sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Apabila diimbas kembali detik-detik negara mencapai kemerdekaan, 3 kaum utama negara bersepakat menerima segala perjanjian bagi menerima kaum cina dan india sebagai salah satu komuniti di dalam Malaysia. Melayu,Cina dan India sudah sekian lama bersatu padu di bawah Malaysia.

Malangnya, perasaan hasad dengki dan api kebencian yang tertanam segelintir kaum dalam Melayu, Cina & India maka terbentuknya parti-parti serpihan pembangkang. Memang kita akui, perlu ada pembangkang di dalam sesebuah kerajaan sebagai check and balance. Bukan segala apa kebaikan Kerajaan buat tidak hargai malah mengkritik membabi buta tanpa memperincikan kesan positif dasar yang dibuat.

Saya percaya, tidak semua rakyat Malaysia ingin melihat kekacauan dan rusuhan kaum terjadi sekali lagi di Malaysia.Oleh sebab itu, perpaduan 3 kaum utama di Malaysia amat penting. Bukan disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan agenda politik dan ingin melahat kuasa tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang keamanan dan kedamaian yang sedia ada.

Apa itu ‘Arab Spring’?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan, Arab Spring bererti suatu perbandingan tentang musim luruh yang jatuh berturutan, daun-daun yang berturutan gugur satu persatu akibat dari sistem yang rapuh.Sedangkan di Malaysia tidak berlaku demikian sebab Arab Spring ini mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat tersendiri.

Memang kita akui bahawa, sesetengah pihak cuba meniru dan membuat proksi keterlaluan kuasa di tangan rakyat. Memang benar, kuasa hak mutlak kuasa rakyat. Juga perlu diingat, bukan majoriti rakyat menyokong pertukaran kerajaan yang sah melalui cara menggulingkan kerajaan yang diberi mandat di peti undi dengan memporak perandakan keadaan yang sedia ada.

Apakah sifat Arab Spring? Apakah punca revolusi Arab yang berlaku sehingga menyebabkan terjadi penolakan rakyat terhadap para pemimpin mereka.

Berikut adalah ciri-ciri Arab Spring sepertimana yang dilaungkan oleh sesetengah pihak.

1. Semua pemimpin di Asia Barat yang dijatuhkan oleh rakyat mereka naik secara kudeta (rampasan kuasa). Baik Zin al-Abidine yang mengambil kuasa daripada Habib Bourguiba, juga sama dengan Gaddafi dan Mubarak. Latar belakang mereka semuanya daripada militari. Naik secara militari dan ditolak secara militar. Oleh kerana naik secara militar, sudah tentulah dia berkuasa secara autokratik dan kuku besi.

2. Para pemimpin yang digulingkan ini sifatnya naik secara militar dan memerintah dalam tempoh begitu lama. Zin al-Abidine memerintah selama 24 tahun, Mubarak (30 tahun) tetapi sebelum itu selama enam tahun sebagai Naib Presiden. Itu bermakna 36 tahun. Mereka mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk. Oleh kerana dia tentera, dia empunyai kecenderungan untuk menyekat kebangkitan ataupun pandangan Arab yang berbeza.

3. Malaysia, sebuah negara yang demokratik. Pemimpin yang naik dipilih oleh rakyat melalui satu sistem demokrasi pilihan raya. Ia sudah bersilih ganti sejak 55 tahun sehingga enam Perdana Menteri. Dan masing-masing Perdana Menteri silih berganti menyambung usaha sebelumnya dalam memajukan kepentingan rakyat. Sentiasa ada pembaharuan.

4. Sentiasa berlaku pembaharuan di Malaysia. Kalau dilihat pada kadar ketelusan (transparency) negara-negara yang terlibat dalam kebangkitan Arab Spring, kebanyakannya dari segi indeks ketelusan antarabangsa mendapat markah kurang daripada 4 berbanding dengan keseluruhan 10. Kebanyakan negara yang runtuh akibat Arab Spring adalah kurang daripada 4. Tunisia cuma 3.8 daripada kadar ketelusan. Maknanya, rasuah berlaku. Di Mesir pula, kadar ketelusan hanya 2.9 peratus, Syria (2.6), Iran 2.7 dan Libya 2.

Sedangkan Malaysia mencatat 4.3 kadar ketelusan dan Turki 4.2, sekali gus bermakna Malaysia lebih baik. Walaupun pemimpin pembangkang selalu membandingkan Malaysia dengan Turki dengan mengatakan Turki lebih baik dan sebagainya, tetapi indeks transprensi international menyatakan kadar ketelusan kita lebih baik berbanding Turki, baik daripada Indonesia, baik daripada Iran 2.7.

Namun, tidak usahlah dibandingkan negara ini dengan Qatar dan Brunei sebab di sana tidak boleh sesiapa persoalkan sebab mereka sistem beraja.

5. Kadar inflasi di kebanyakan negara yang menghadapi Arab Spring adalah tinggi. Apabila inflasi tinggi, harga barang menjadi mahal, jadi, rakyat memberontak. Contohnya, Mesir mencatat 8.6 peratus inflasi, sangat tinggi. Di Tunisia pula kadar inflasinya mencecah 5.4 peratus, Turki paling tinggi 8.7 dan Malaysia sekadar berpuas hati dengan hasil 1.7 peratus.

6. Walaupun ramai bisingkan harga sesuatu barang agak mahal, kita sebenarnya mempunyai kadar subsidi yang cukup tinggi berbanding negara lain.

7. Dari segi negara selamat, Malaysia menduduki tangga ke-19 di seluruh dunia daripada 153 negara yang dikatakan selamat daripada Global Peace Index. Maknanya dari segi itu, kita patut bersyukur oleh kerana berada dalam negara yang aman.

Daripada Global Peace Index, kadar jenayah menunjukkan tanda-tanda menurun. Contohnya, melalui NKRA kadar jenayah jalanan menurun dua peratus.

8. Kehidupan rakyat Malaysia jauh lebih baik berbanding rakyat negara lain. Pada era Presiden Suharto, pembangkang menjadi senyap dan tidak terbuka. Di Libya langsung tiada pembangkang, mereka diberi tekanan.

9. Perdana Menteri ketika ini menekankan soal maqasid syariah (matlamat mengikut aturan Islam) yang dicapai untuk kepentingan umat. Sebab itu, dalam maqasid syariah, antara perkara ditekankan ialah bagaimana seseorang itu harus menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Ini ditekankan untuk kebajikan rakyat.

Oleh itu, rakyat Malaysia matang dan bijak memilih yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Ini ditegaskan, penukaran rakyat secara ‘Arab Spring’ Insya-Allah tidak akan berlaku. Sekiranya ada, mereka-mereka yang tamat halabo untuk menerima keputusan rakyat.

buy kamagra online
Read more from Uncategorized

Comments are closed.